Saturday, April 24, 2010

SISTEM KOMPUTER

Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen asas yang terdiri daripada input, proses dan output.
• Input –Data atau bahan mentah yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses dalam bentuk yang mudah difahami oleh komputer.
• Proses – Data yang telah dimasukkan ke dalam komputer akan diproses dalam bentuk yang mudah difahami oleh komputer.
• Output – maklumat yang di keluarkan oleh komputer yang telah diproses ke dalam bentuk yang mudah difahami oleh manusia.
• Storan – maklumat yang telah siap di proses dan hendak di simpan.

Fungsi Unit Pemprosesan Pusat
• Biasanya disebut sebagai CPU atau Control Processing Unit
• Bertujuan untuk memproses data.Unit ini adalah pusat kawalan bagi seluruh system komputer.Ia menerima data daripada berbagai peranti input,memproses data ini dan menghantar hasilnya kepada pencetak atau peranti output yang lain di bawah kawalan suatu aturcara tersimpan.
• Ia mengandungi dua komponen utama iaitu storan atau ingatan dan cpu.CPU terdidri daripada unit arimetik dan logik dan satu unit kawalan. Kedua-duanya menggunakan kawasan storan sementara atau daftar untuk menjalankan fungsi-fungsinya.


Random Access Memory (RAM)
• Bersifat meruap (volatile)- data yang disimpan akan hilang apabila bekalan elektrik akan terputus.
• Memori inilah yang digunakan oleh CPU untuk menyimpan secara sementara, arahan dan data diberikan kepadanya. Faktor ukuran ditentukan oleh jenis memori (FP, EDO, PC66-SDRAM, PC100-SDRAM, PC133-SDRAM, PC2100-DDR SDRAM, PC800-RDRAM) dan kapasiti memori (dalam unit Mb).

Read Only Memory (ROM)
• Bersifat tidak meruap (non-volatile)- data yang disimpan tidak akan hilang jika bekalan elektrik terputus.
• ROM akan memberitahu komputer bagaimana untuk mengenal sesuatu kunci keyboard yang ditekan dan bagaimana untuk memaparkan di skrin. ROM juga menyimpan program sistem operasi tahap rendah, di mana ia digunakan untuk POST dan boot komputer.

Programmable Read Only Memory (PROM)
• Ingatan baca sahaja boleh aturcara
• Satu variasi ROM yang boleh diprogramkan oleh pengguna
• Jika sekali telah diprogramkan, kandungannya tidak boleh ditukar lagi
• Cip ini menyimpan maklumat kekal yang diprogramkan semasa ianya dibina semasa membuat prototaip sesuatu produk

Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)
Static Random Access Memory (SRAM)

• RAM Statik adalah RAM yang sangat pantas berbanding DRAM.
• Digunakan sebagai ingatan cache. Tidak perlu dicaj seperti DRAM tetapi memerlukan sedikit kuasa elektrik.
• SRAM lebih pantas, bermuatan tinggi dan harganya yang mahal.

Cakera Keras (Harddisk)

Cakera keras atau harddisk adalah media storan utama sebuah komputer. Semua perisian dan data disimpan di dalam harddisk. Harddisk berbeza dari memori di mana harddisk menyimpan sesuatu data secara kekal. Ingatan pada harddisk tidak akan terpadam dengan mematikan komputer. Faktor ukuran adalah kelajuan (dalam unit rpm), kapasiti (dalam unit Mb / Gb / Tb) dan protokol ATA (ATA-33 / ATA66 / ATA-100). Ada dua jenis harddisk utama iaitu IDE dan SCSI. Kelebihan SCSI berbanding IDE ialah beberapa SCSI boleh beroperasi serentak secara berasingan. Bagi penguna PC, harddisk IDE adalah lebih sesuai kerana lebih ekonomi.

Peranti Sokongan
Alat Kawal Atur Voltan Automatik

• Biasanya disebut AVR atau Automatic Voltage Regulator
• Memastikan komputer sentiasa menerima bekalan elektrik yang stabil bagi mengelakkan kerosakan komponen dalaman atau data dalam sesebuah komputer
• Gangguan seperti kilat, gangguan isyarat radio dan penggunaan alat-alat elektrik yang menggunakan kuasa tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada ingatan komputer , kerosakan data dan kerosakan komponen komputer
• Ia sangat efektif dan tidak menghasilkan haba yang banyak

Daftar (Register)
• Peranti dalam komputer untuk menyimpan data yang bersaiz kecil secara sementara
• Data yang disimpan dalam daftar boleh dicapai oleh ingatan utama dengan cepat
• Ia merupakan sekumpulan peranti litar-litar elektronik (flip-flop) yang diguankan untuk menyimpan maklumat dalaman sistem komputer
• Daftar boleh menyimpan data, arahan atau alamat secara sementara dalam saiz yang kecil
• Terdapat beberapa jenis daftar iaitu :-
1. Daftar arahan - menyimpan arahan seperti darab, bahagi dan operasi logik
2. Daftar alamat - menyimpan dan mengenal pasti alamat dan data pada alamat tersebut
3. Daftar storan - menyimpan keputusan daripada operasi aritmetik logik

No comments:

Post a Comment